Alhamdulillah, dengan berkat dan kurnia Allah, saya dapat bernafas lagi pada hari ini, hari pertama bulan ramadhan. Bersahur dengan masakan isteri tercinta dan ank kesayangan. Cuaca pada awal bagi agak berkabus, entahlah kenapa, mungkin sebab di sini kawasan payah bakau..Jam menunjukkan kan 7.51 pagi, matahari mula memonjolkan dirinya dan pancarannya agak terang, adakah ini menandakan hari ini kita akan mengalami cuaca panas.
Pada pagi ini ada jemputan dari Dewan sempena memperingati hari Bandaraya...dan kena pakai pakaian batik..emmmm, pelik juga sebab hari ini hari isni, bukan hari khamis....apa apa pun saya ikut sejalah....
Keadaan badan pada pagi ini macam biasa, mungkin pada tengahari nanti perut akan meragam, biasalah sebab hari pertama berpuasa dan perut ini telah biasa menjamah makanan waktu tengahari...
Hari khamis ni TKP dan turun sebab ada lawatan kerja, saya sudah buat beberapa persiapan..rasanya nak bawa TKP berbuka di hotel..biarlah dia rasa selesa sedikit...lagi pun bila lagi saya nak rasa berbuka puasa di hotel...kalau berbuka puasa di hotel ni biasalah, kos nya memang agak tinggi juga...tapi disebabkan TKP dah turun, saya buat sejalah di hotel. Bila lagi nak dibuat, nanti menyesal tidak buat betul-betul. Ambil peluang jika masih ada.