Wednesday, August 3, 2011
Hari Keempat Puasa
Pagi ini berkabus macam semalam juga. Saya datang sedikit awal ke pejabat. Alhamdulillah, saya dapat menikmati pemandangan yang cantik dari pejabat saya ini walaupun sedikit berkabus. Sahur pagi tadi ringkas sahaja, roti french toast dan air milo. Saya nak cuba bagaimana kalau berpuasa dengan sahur yang ringkas. Mungkin saya akan cepat lapar atau macam biasa. Hari ini saya kena siapkan presentation untuk lawatan TKP ke pajabat. Saya harap saya dapat menyiapkannya sebelum tengahari nanti.Petang nanti nak pergi sambut TKP di airport dan kemudian bawa beliau berbuka di hotel Grand Maghareta. Ada lebih kurang 700 menu seperti yang didakwa oleh hotel tersebut. Saya cuba hari ini. Kalau sedap, saya akan cuba lagi di lain hari.
Tuesday, August 2, 2011
Hari Ketiga Puasa
Pagi ini cuaca sejuk sebab hujan. Walaubagaimana pun, kabus atau jerubu tetap ada macam hari semalam. Sahur pagi tadi pun ringkas sahaja sebab untuk merasa kelainan sahur. Kalau makan benda yang sama saja, nanti cepat bosan. Hari ini kena buat persediaan untuk kedatangan TKP, saya kena lengkapkan slaid presentation saya jika sekiranya TKP berkunjumg ke pejabat. Manalah tahu kan. Nasib baik slaid yang tahun lepas sewaktu lawatan KP ke pejabat masih ada, saya cuba ubah sahaja data yang ada di dalam nya dengan data data yang baharu.
Monday, August 1, 2011
Hari Kedua Puasa
Hari ini matahari terpacar lebih awal, tapi keadaan masih berkabus atau berjerubu di sekitar bandar ini. Badan masih menyesuaikan dengan keadaan berpuasa. Mungkin hari ini lebih baik daripada hari semalam. Petang semalam, di pasar ramadhan berdekatan rumah sesak dengan kereta dan manusia. Terpaksa berada di sana lebih kurang 1 jam. Tidak banyak juadah yang menarik. Ada beberapa gerai yang ada potensi untuk dikunjungi lagi oleh saya nanti. Di antaranya gerai nasi kerabu (satu satunya yang jual nasi kerabu), gerai jual ikan bakar, dua gerai jual abc.
Subscribe to:
Posts (Atom)